ISO9001 / ISO14001

ISO 9001 (Kualiti)

Sejak tahun 1994, setiap pangkalan perkhidmatan udara Nippon Express telah memperoleh pensijilan ISO9001 dengan tujuan untuk menambahbaik perkhidmatan dan pempiawaian kami. Juruaudit Korporat kami melakukan audit secara berkala dan di samping itu, kami terus meningkatkan operasi perniagaan kami dengan pengumpulan data dan analisis terperinci mengenai perniagaan harian kami, dan pengenalpastian keperluan pelanggan kami. Selanjutnya, kami berusaha sebaik mungkin untuk mencegah perkara berulang dan sentiasa meningkatkan kualiti tinggi melalui langkah-langkah pembetulan yang dilaksanakan secara dalaman dan juga luaran.

Berkenaan dengan anak syarikat kami di luar negara, Nippon Express UK ialah sebuah syarikat penghantaran Jepun pertama yang memperoleh pensijilan ini. Sejak itu, anak syarikat tempatan kami di lebih daripada 10 buah negara/wilayah turut menerima pengiktirafan ini.

Kami akan berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan kami untuk mendapatkan kepuasan pelanggan kami dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami dengan memanfaatkan pengetahuan yang telah kami peroleh.

ISO 14001 (Alam Sekitar)

Nippon Express memperoleh sijil ISO14001 di Pusat Baraki Cawangan Perkhidmatan Udara Tokyo pada bulan Jun 1998, diikuti oleh lima lagi pangkalan kami pada bulan Mac, 2000, dan dua lagi pada bulan Mac, 2001. Di samping itu, kami juga sedang berusaha untuk bahagian lain selain daripada perkhidmatan udara bagi menerima satu siri pensijilan ISO.

Kembali ke Pengurusan Kualiti / Keselamatan / Alam Sekitar

Hubungi pakar logistik kami untuk mengetahui maklumat selanjutnya.

Pasukan kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

HUBUNGI KAMI

Ikuti kami di LinkedIn