Perkhidmatan tergabung dari kawasan Zhuhai/Zhongshan ke Hong Kong

Pada Februari 2019, kerajaan China telah mengumumkan Inisiatif Kawasan Teluk Besar, di mana Guangdong, Hong Kong dan Macau sebagai sebahagian daripada zon ekonomi tunggal akan menjadi salah satu kawasan teluk terbesar di dunia, di samping Tokyo dan New York, pada tahun 2035. Terletak di dalam Kawasan Teluk Besar, Nippon Express (HK) Co., Ltd. (selepas ini, "NEHK") pada awalnya melihat usaha ini sebagai peluang perniagaan utama dan mula menjalankan pelbagai projek, salah satu daripadanya adalah pelancaran perkhidmatan tergabubg yang menggunakan Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao (dibuka pada bulan Oktober tahun lalu dan sepanjang 55km; selanjutnya, "HZMB") yang menghubungkan Hong Kong dengan Zhuhai dan Macau.

Perkhidmatan tergabung melalui Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao
Pengangkutan antara Hong Kong dan Zhuhai sebelumnya memerlukan kira-kira lima jam di sepanjang jalan darat yang sejauh 190km atau seharian melalui laluan air, tetapi menggunakan HZMB ia mendekatkan jarak antara kedua-dua bandar tersebut sekitar 60km. Pengurangan masa utama dengan ketara juga menjadikan perkara lebih mudah bagi pelanggan yang menggunakan penerbangan larut malam dari Lapangan Terbang Hong Kong. Tambangnya adalah lebih kurang 20% lebih rendah daripada harga untuk laluan darat biasa. Terdapat juga langkah-langkah yang sedang dilakukan untuk mempermudahkan pelepasan duti cukai, kuarantin dan prosedur lain di Kawasan Teluk Besar, dan permintaan di masa depan diharapkan dapat bertumbuh dengan sesuai. Prosedur yang diperkemaskan ini terpakai terlebih dahulu untuk aliran lalu lintas dari Zhuhai ke Hong Kong, tetapi kemudiannya akan disediakan di laluan sebaliknya dari Hong Kong ke Zhuhai/Zhongshan juga.
no004896_img01.jpg
Kembali kepada Produk & Perkhidmatan Pengangkutan

Hubungi pakar logistik kami untuk mengetahui maklumat selanjutnya.

Pasukan kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

HUBUNGI KAMI